QUARANTINE DAYS
Assalamualaikum,selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Saya Aiyma, disini saya ingin kongsikan pengalaman saya dan aktiviti saya lakukan ketika berada dirumah pada musim kuarantin ni. Hari ni dah masuk enam minggu kita semua berada dalam perintah kawalan pergerakkan,selama enam minggu
Semasa MCO ini sudah tentunya saya banyak meluangkan banyak masa bersama keluarga. Ye la sebelum ini kebanyakan kerja saya lebih dekat luar. Urusan rumah pun kadang-kadang tertangguh sebab balik kerja saya sudah flatted dan penat. Kalau tak penat pun memang tabiat kita, kebanyakkan wanita bekerjaya suka tangguhkan kerjakan. Memandangkan saya pun sudah berumahtangga, masa hari bekerja hanya waktu malam sahaja saya uruskan hal rumah. Pada waktu siang pun suami saya makan dekat luar disebabkan kerja dia yang banyak di tapak. Saya pun makan dekat luar, jadi malam je la masa untuk saya masak dan luang masa bersama suami.
Sebenarnya bila duduk dekat rumah ni banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Macam saya,saya banyak belajar masak resepi baru dimana ianya dikongsi oleh rakan-rakan facebook saya. Memandangkan saya pun banyak masa terluang, tak salah kiranya saya pun cuba ambik rezepi tu dan belajar buat sendiri. Tapi ada yang jadi ada yang tak berapa menjadi #masakapatakjadiharini. tak apa sekurangnya saya mencuba.
Walaupun sekarang tengah cuti, saya tetap ada tugasan jugak "work from home" yang telah disediakan oleh company saya sebagai task untuk saya buat di rumah. Dari situ saya belajar bahagikan masa untuk urusan rumah dan tugasan kerja. Bila ada tugasan dari company ni tak ada la bosan sangat saya duduk dirumah. Kerja saya dalam bidang kecantikkan,jadi setiap hari saya akan bukak youtube tengok cara-cara makeup yang terkini,tips penjagaan kesihatan tubuh badan,penjagaan kulit wajah.
Kadang-kadang malas nak pakai skincare la apa la,tapi kena jugak pakai walaupun duduk dekat rumah,tak terdedah dengan cuaca luar,still kena pakai,jadi saya memang akan selalu pakai skincare mengikut step yang betul. Penjagaan diri ni penting untuk kita,sebab ia boleh meningkatkan keyakinan diri kita untuk berhadapan dengan orang ramai..
Saya juga nak kongsikan aktiviti saya pada musim kuarantin ni di bulan ramadan ni. Bulan puasa ni banyak perubahan akan terjadi pada kita,dari segi waktu makan,waktu tidur,perubahan pada tubuh badan,perubahan pada kulit wajah,emosi . Yang pertama waktu makan berubah,kalau bukan bulan puasa kita makan tiga empat kali satu harikan,sekarang bulan puasa waktu makan kita jadi dua kali satu hari,tubuh badan kita akan berubah,permakanan kita pun tak terjaga,jadi untuk menjaga kesihatan tubuh badan saya akan bersenam sekurang-kurangnya ambil masa 30minit je dalam satu hari untuk bersenam, yang kedua waktu tidur, tidur tak cukup juga boleh mempengaruhi kesihatan badan & kulit wajah kita juga,jadi saya akan tidur waktu siang sekejap untuk rehatkan diri. Ketiga saya saya selalu jaga kepentingan kulit wajah saya,bila ada masalah dekat wajah saya walau 1 biji jerawat pun dah boleh buat saya stress,jadi untuk elakkan ia berlaku,saya rajinkan diri pakai skincare.
Musim Kuarantin ni kan saya jadi sedikit stress sebab tak dapat keluar rumah,ye la mahunya tak stress enam minggu duduk rumah nak beku otak rasanya. Sepanjang kuarantin ni,kalau saya nak beli keperluan rumah,saya listkan dan bagi pada suami saya belikan, Roadblock sana sini,kenderaan tidak boleh naik lebih pada seorang,jadi langkah selamat dan berjaga-jaga,saya listkan je barang-barang yang nak dibeli 2. Jadi jum kita sama-sama bagi kerjasama untuk hapuskan virus covid 19,dan semoga kita semua bebas dari virus covid19 dan dapat kerja seperti sediakala,ikuti perintah yang diberikan, itu saja dari saya .
Sekian sahaja dari saya,terima kasih.
Assalamualaikum.
Comments
Post a Comment