11 TIPS PERAWATAN WAJAH KULIT KERING DAN KUSAM

 SKIN CARE TIPS 



Hi Guys Assalamualaikum. Sebut je pasal skincare semua pakai dan semua tahu perjagaan kulit wajah amat penting untuk kita,kerana ianya adalah salah satu rutin dan perkara wajib kita ambil tahu sehari- hari. Tidak kira tua muda atau perempuan mahu pun lelaki, semuanya memerlukan penjagaan yang baik untuk kulit wajah. Korang nak tahu tak macam mana cara untuk kita elakkan kulit kita dari terjadinya kering dan kusam? Ok meh sini saya kongsikan tips perjagaan kulit wajah yang betul. Sebagai pengguna tegar skincare, Ini dia 10 Tips Skin Care yang saya guna pakai setiap hari.


 1. JANGAN SKIP SKIN CARE

- Skincare Amat penting untuk kulit,untuk elakkan dari terjadinya masalah kulit seperti jerawat,jeragat,kusam,kering dan juga iritasi, jangan skip pemakaian walaupun kita rasa teramatlah malas.


2. CUCI MUKA DENGAN CLEANSER

- Pastikan cuci muka menggunakan cleanser agar kulit bersih dari segala kotoran debu dan solekkan. Cleanser juga dapat memberikan kelembaban pada kulit agar kulit tidak kering dan kusam. Untuk pembersihan yang lebih baik, boleh gunakan double cleansing.


3. KENALI JENIS KULIT DAN MASALAH KULIT

- Cari skincare yang bersesuaian dengan jenis kulit dan juga masalah kulit yang sedang dihadapi. Agar kulit korang terjaga. Pemilihan skincare yang sessuai dengan jenis kulit dan masalah kulit dapat membantu sesi perawatan kulit wajah bekerja dengan lebih baik dan cepat.


4. PEMAKAIAN SKIN CARE DENGAN TERATUR DAN TEPAT

- Korang kena tahu juga. Pemakaian skin care yang teratur dapat mempercepatkkan lagi proses membaik pulih kulit. Begitu juga pemilihan skincare yang tepat dapat memberikkan zat - zat aktif yang ada didalam skincare dan terus meesap dengan baik ke dalam kulit wajah.


5. WAJIB PAKAI SUNCREEN / SUNBLOCK

- Haa ini wajib ya, pakai suncreen walaupun korang hanya duduk dekat rumah,jangan kata orang yang berada diluar sahaja yang memerlukan perlindungan sunscreen pada kulit. Sebab sunscreen ni dapat memberikan perlindungan dari segala faktor dalaman mahupun luaran, contohnya sinar matahari,sinar lampu,sinar gadget,laptop dan sebagainya. Impak yang sangat besar pada kulit wajah korang andai korang tak pakai suncreen. Ia akan menyebabkan kulit korang kusam,kering,iritasi dan juga burn (terbakar) .


6. PAKAI PELEMBAB WAJAH

- Ramai yang kata pelembab wajah ni hanya utuk jenis kulit yang kering. Tapi sebenarnya ianya salah. Pelembab wajah ni wajib dipakai untuk semua jenis kulit,meski pun korang kulit berminyak,berjerawat bahu pun sensitif. Pelembab ni berfungsi untuk bagi kelembaban dan juga kesegaran pada kulit korang agar tetap terjaga dan sihat.


7. SCRUB  WAJAH

- Scrub wajah sekurangnya 2 hingga 3 kali seminggu,untuk mengangkat kotoran diwajah dan juga sel kulit mati. Dengan pemakaian scrub dapat melembabkan wajah, rawat masalah kulit kusam, memudarkan parut diwajah dan ia juga dapat sekatakan kulit wajah yang tidak sekata.


8. PASTIKAN TANGAN BERSIH

- Haa ini pun ramai yang tak ambil peduli tentang pembersihan tangan. Kulit wajah kita adalah tempat yang sangat senang terkena jangkitan kerana ianya dekat dengan mata,hidung dan mulut. Jika kita menyentuh kawasan wajah dengan tangan yang tidak bersih,bakteria akan mudah masuk ke dalam kulit,itu menyebabkan terjadinya masalah jerawat dan juga iristasi kemerahan pada kulit wajah.


9. MINUM AIR SECUKUPNYA

- Manfaat dengan minum air masak dengan secukupnya dapat menyihatkan kulit ,kulit juga tidak kelihatan kering dan merekah. Minum air masak juga dapat mencantikkan kulit wajah,kulit kelihatan lembab dan dapat menjaga ilastik kulit wajah.


10. JANGAN LUPA TONER

- Fungsi toner adalah untuk membersihkan muka dari baki kotoran yang pencuci muka tidak dapat bersihkan, ia dapat mengecilkan pori-pori. Fungsi toner juga dapat memberikan kelembaban pada kulit dan juga mencerahkan kult wajah yang kusam.


11. DAP  DAN SAPUAN

- Bila menggunakan sesuatu produk skincare, cleanser, krim atau toner praktikkan "dabbing' . Iaitu membuat sapuan dari bawah k atas. Teknik ni dapat mengelakkan kulit dari mencari kendur dan berkedut pada masa akan datang. Secara membulat juga boleh bermula dari bawah ke atas agar peredaran darah berjalan dengan baik.


Penjagaan skin care ni dapat membantu kita dalam disiplin tentang skincare routine. Penjagaan kulit wajah dapat memberikan kita kepuasan saat melihat kulit wajah dalam keadaan  sihat dan bersih dari masalah kulit. Disini saya juga nak selitkan perkongsian saya tentang " Hal yang membuatkan saya selalu bersyukur dengan pekerjaan saya"


"HAL YANG MEMBUATKAN AKU BERSYUKUR SELAMA BEKERJA " 


Mempunyai pekerjaan yang bagus adalah keinginan setiap orang,termasuklah saya. Saya sangat bersyukur dengan apa yang saya miliki, iaitu pekerjaan yang saya kerjakan sekarang sebagai " Beauty Consultant Wardah Beauty " . Mempunyai pekerjaan adalah berkah yang perlu disyukuri kerana di luar sana ramai yang masih mencari pekerjaan. Tapi ya lah rezeki setiap orang berbeza - beza kita tak tahu hanya Allah saja yang tahu tentang rezeki dan perjalanan kehidupan seseorang itu. Jika kita memiliki pekerjaan haruslah kita menggunakan kesempatan ini untuk bekerja dengan lebih baik agar pekerjaan yang kita lakukan ini memberi rezeki yang berkat untuk kita bagi keluarga kita makan. Sebagai Beauty Consultant ni saya akan sering berjumpa dengan orang ramai,secara berhadapan mahupun secara virtual. Dengan pekerjaan ini juga dapat memberikan saya pengetahuan yang luas tentang bermacam karenah manusia, tentang keinginan setiap orang mengenai kecantikkan, tentang cara melayani karenah pelanggan yang susah untuk kita fahami



  

Comments

Popular Posts